Tuesday, 22 October 2013

TEMPAT-TEMPAT SEJARAH DIKEDAH


13 TEMPAT-TEMPAT SEJARAH DIKEDAH


Kota Raja Bersiung 








Kota ini terletak di Kampung Pinang Tunggal dalam daerah Kuala Muda, kira-kira 8km ke selatan bandar Sungai Petani. Berdasarkan kesan yang ada menunjukkan Kota Raja Bersiung ini lebih luas hingga sampai ke sebuah paya di Kampung Seberang Tok Soh.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas Raja Kedah yang manakah membina Kota tersebut. Dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, tidak ada disebut Kota Raja Bersiung. Sementara dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada catatan yang menyebut Raja Kedah yang bergelar Raja Ong Maha Perita Deria yang memakan darah manusia itu digelar Raja Bersiung membina Kota ini, yang disebut "Kota Aur". Aur bererti buluh iaitu sejenis buluh yang tumbuh di tepi sungai tersebut.






Kota Siputeh 






Kota Siputeh merupakan kota tertua di Negeri Kedah. Dibina pada tahun 1282M oleh Tunku Ahmad Ibni Sultan Muzzil Shah (Raja Muda Kedah). Kota ini merupakan benteng pertahanan bahagian utara Negeri Kedah daripada ancaman Acheh dan Siam.
Kota Siputeh dijadikan pusat pemerintahan bermula dari tahun 1323M, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah diikuti oleh lapan orang sultan Negeri Kedah.
Pada tahun 1626M, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (Sultan ke-13) telah memindahkan pusat pemerintahan dari Kota Si Putih ke Kota Naga. Kota ini terletak di Kampung Si Putih, Mukim Pering, Kubang Pasu.






Kota Padang Sejana 




Kota ini terletak di Kampung Padang Sejana Mukim Naga lebih kurang 3km ke arah barat dari pekan Kepala Batas. Di dalam kota ini terdapat beberapa buah rumah, sebuah bekas kolam mandi dan beberapa buah makam bersejarah termasuk makam Panglima Tok Lidah Hitam. Kota ini bersambung dengan sebuah kota lagi yang dikenali sebagai Kota Rentang. Kota ini dibina dengan arahan Sultan Muzaffar Shah II yang memerintah Kedah kira-kira pada tahun 1547 hingga 1602.






Puncak Bukit Choras 



Tempat ini adalah kesan-kesan asas sejarah yang tertua yang dijumpai di Malaysia. Letaknya di tebing sebelah selatan Sungai Sala. Sebuah daripada bangunan yang terdapat di situ ialah berhala yang berbentuk kubah. Ia berkemungkinan sebuah "stupa" yang berkaitan dengan pemujaan agama Buddha.




Kota atau Istana Tunku Kudin 





Istana ini terletak berhampiran kaki Bukit Tinggi berdekatan dengan Sungai Bukit Pinang. Waktu itu sungai adalah menjadi nadi pengangkutan zaman silam di Kedah. Manisan lebah digunakan bagi menggantikan simen untuk membina istana tersebut. Kedudukan istana itu kira-kira 1.6km dari pekan Kepala Batas dan hanya 2.4km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim manakala cuma 12.4km dari bandar DiRaja Alor Setar.






Kota Kuala Kedah 



Kota Kuala Kedah terletak di sebelah kanan muara Sungai Kedah. Kedudukannya betul-betul di dalam Kampung Seberang Kota, kira-kira 11.6km dari bandar Alor Setar. Mulanya Kota Kuala Kedah dibina daripada tanah lumpur. Ianya menjadi tapak kubu yang tertua di Malaysia. Kanan muara Sungai Kedah dijadikan benteng pertahanan juga mengawal jajahan takluknya termasuklah jalan darat yang merentasi ke Telok Siam.
Dato Maharaja Kadhi Syeikh Abdul Jalil telah ditugaskan untuk membuat reka bentuk bangunan kota itu. Kerja-kerja pembinaan kota itu bermula pada 10 Safar 1185 (bulan Mei 1771). Kota ini siap dalam tahun 1194H (1780M).





Kota Kuala Muda 






Kota Kuala Muda terletak di pekan Kuala Muda berhampiran dengan Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Kota ini dibina pada abad ke-17 dan 18. Ianya pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, setelah ibu negeri dipindahkan dari Kota Setar ke Kuala Muda. Tujuan perpindahan itu ialah untuk mengelakkan ancaman serangan Siam.




Gua Kerbau 





Terletak di Bukit Keplu, Kampung Kodiang Lama. Merupakan tempat perlindungan dan tempat merancang strategi peperangan semasa pemerintahan Tunku Anum untuk menentang Raja Ligor yang menyerang Kedah.
Gua Kerbau juga pernah menjadi tempat kediaman masyarakat purba. Berdasarkan pada penyelidikan dan penemuan, artifak yang ditemui di Gua Kerbau ialah alat-alat batu zaman neolitik serta tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tenku Lembu Perlis dan Bankau di Thailand.





Tapak Candi Bukit Batu Pahat 



Tapak ini terletak di hulu sungai Merbok selatan Gunung Jerai. Ianya merupakan tempat aktiviti agama Hindu dalam kurun yang ke-6 hingga ke-8.





Terusan Wan Muhammad Saman (Lebuhraya Sultan Abdul Halim Alor Setar) 




Sultan Abdul Hamid memerintahkan Wan Muhammad Saman mengorek terusan dari Alor Setar hingga ke Kaki Gunung Jerai dengan tujuan untuk membuka tanah sawah yang luas dan menambahkan hasil negeri. Dalam tahun 1886, Wan Muhammad Saman mula mengorek terusan yang lebih di kenali sekarang sebagai "Terusan Wan Muhammad Saman". Panjangnya terusan ini 22 batu, lebarnya 24 kaki dan dalamnya 5 kaki dari tebing Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke Kaki Gunung Jerai di Gurun.




Titi Besi 



Titi ini terletak lebih kurang 2km dari pekan Kepala Batas. Ianya dibina pada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. Tujuannya adalah untuk perhubungan antara utara negeri Kedah dengan pekan Kepala Batas, kerana di sini terdapatnya lapangan terbang tentera dan kubu-kubu pertahanan. Semasa kemasukan Jepun ke Kedah mereka telah mengebom titi yang menyeberangi Sungai Kedah. Pada waktu itu dikatakan ramai tentera British dan Punjab yang sedang berehat di bawah jambatan itu telah terkorban. Oleh itu kampung tersebut telah dinamakan Kampung Titi Besi.






Istana Cik Spacendra 



Istana ini terletak di Kampung Baru berhampiran Sungai Raja. Dibina pada tahun 1880 dan dijadikan sebagai Kampung Bharu Girls School Alor Setar. Dalam tahun 1940 istana ini digantikan sebagai "Nippon Go Shako" iaitu sekolah semasa pemerintahan Jepun di Kedah.





Kubu British 




Kubu ini terletak di persimpangan jalan antara Kepala Batas dengan Bukit Pinang berhampiran kem tentera dan lapangan terbang Sultan Abdul Halim. Sejarah pembinaan kubu-kubu pertahanan tentera British telah bermula menjelang tahun 1940an lagi. Tujuannya ialah untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun.

Sungai Petani




           Sungai Petani




SUNGAI Petani Adalah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek pelancongan yang ada di bandar ini.


Bagi pelancong yang mahu berkunjung ke sini, DeSelesa Homestay Sungai Petani menyediakan kemudahan penginapan yang sangat selesa. Dengan jaringan jalan raya, pengangkutan udara dan kereta api yang selesa dan cepat.

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa antara empat hingga lima jam ke De Selesa Homestay Sungai Petani. Menyeberangi Sungai Muda yang memisahkan Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kedah, anda dihidangkan dengan hamparan sawah padi yang luas.

Pembangunan pesat Sungai Petani menyaksikan taman perumahan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Malah, penduduk dari luar Sungai Petani berhijrah ke sini untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor perindustrian di Bakar Arang dan Sungai Lalang.

Jika anda mahu mencari makanan, sebut apa saja, daripada nasi kerabu, cucur udang, nasi kandar, mi rebus, ikan bakar, cendol, bihun sup dan nasi kampung yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bandar ini mempunyai lebih 10 restoran nasi kandar yang turut mendapat sambutan penduduk luar.

Berkunjung ke Sungai Petani tidak sah jika tidak mengunjungi jam besar di Jalan Ibrahim. Ia adalah mercu tanda bandar itu dan berdiri gagah selepas puluhan tahun untuk menyimpan segala sejarah suka duka bandar berkenaan.

Gabungan tempat bersejarah, pantai, perkampungan nelayan, sawah padi dan taman tema, menjadikan Sungai Petani adalah tempat yang perlu dikunjungi jika datang ke Kedah.

Di bawah kami senaraikan beberapa tempat menarik di sekitar Sungai Petani untuk tatapan anda. Jom kunjungi Sungai Petani di Kedah!!
                   


  Pantai Merdeka





Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.

    




   Taman Tema Air "The Carnivall"








Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke The Carnivall taman tema air ini mengambil masa 15 minit dan ia merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.



Sungai Merbok





Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Sungai Merbok mengambil masa kira-kira 15 minit. Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.



Tanjung Dawai






Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Tanjung Dawai mengambil masa 20 minit. Tanjung Dawai adalah Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.

Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.

Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.

Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.

Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.





Lembah Bujang











Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Lembah Bujang mengambil masa 20 minit. Lembah Bujang Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.

Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang
Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.

                           


Menara Jam Besar





Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Pusat Bandar mengambil masa 5 minit. Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

                                                     



Taman Jubli Perak




Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Taman Jubli Perak mengambil masa 5 minit. Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.




Rekreasi Tupah



Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

Penemuan bersejarah Islam mula bertapak di Kedah bukan Melaka

Penemuan bersejarah Islam mula bertapak di Kedah bukan Melaka






REKA bentuk dalaman masjid lama Pengkalan Kakap mempunyai tiang seri mimbar serta mihrab, sama dengan struktur bangunan yang dijumpai tertimbus.

PENEMUAN struktur bangunan dipercayai masjid di Pengkalan Bujang, Merbok baru-baru ini menguatkan lagi dakwaan sebilangan ahli sejarah bahawa Islam telah bertapak di Negeri Kedah lebih awal dari Melaka.

Lebih-lebih lagi struktur bangunan yang berusia lebih 1,100 tahun dan tertanam sedalam 140 sentimeter itu jika diamati dengan lebih dekat menyamai reka bentuk sebuah masjid tertua di Kedah yang terdapat di Kampung Pangkalan Kakap, tidak jauh dengan tempat penemuan terbaru itu.

Jika dikaji sejarah awal, Lembah Bujang sememangnya sudah termasyhur sebagai sebuah pelabuhan besar dan pusat dagangan yang didatangi oleh pelbagai bangsa, budaya dan agama dari seluruh pelusuk dunia untuk tujuan berniaga.

Pedagang-pedagang yang belayar melalui Lautan Hindi dan Selat Melaka berpandukan puncak Gunung Jerai sebagai mercu tanda sebelum berlabuh di muara Sungai Merbok di utara Semenanjung Tanah Melayu yang juga dikenali Semenanjung Emas.

Namun begitu, struktur bangunan baru yang sedang dalam kajian pihak muzium itu tetap menimbulkan pelbagai andaian lain lebih-lebih lagi sebahagian besar struktur yang ditemui di Lembah Bujang adalah tapak candi bersama dengan artifak-artifak seperti seramik, manik, celedon yang kesemuanya menjurus kepada agama Hindu dan Buddha.

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, penemuan terbaru itu dipercayai sebuah masjid memandangkan tiada penemuan artifak lain yang cenderung kepada agama lain sama ada di dalam atau di sekitarnya.

Struktur menyerupai masjid itu ditemui dibina antara tapak kuil Hindu dan Buddha yang dijumpai di kawasan itu sebelum ini. Bagaimanapun terbongkarnya bahan sejarah baru itu secara tidak langsung sudah mampu membuktikan bahawa Islam sememangnya lebih dahulu bertapak dan berkembang di Kedah.

Tulis

Kata Wan Shamsudin, dalam sebuah buku lama yang ditulis oleh seorang pengarang Istana Kedah, Muhammad Hassan Datuk Kerani Muhammad Arshad pada 1928 yang bertajuk Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah telah menyatakan bahawa Islam secara rasminya diterima di Kedah pada tahun 1136 Masehi atau 531 Hijrah iaitu 300 tahun lebih awal berbanding Melaka.

Dalam buku itu juga tertulis bahawa nama raja terakhir beragama Hindu yang memeluk Islam adalah Maharaja Derbaraja II dengan nama Islamnya Sultan Mudzaffar Shah yang dikatakan telah diIslamkan oleh seorang pendakwah dari Yaman bernama Syeikh Abdullah.

Meneliti butiran buku tersebut, dinyatakan juga bahawa Islam bermula di Kota Bukit Meriam di Kuala Muda dan kemudiannya berpindah-pindah sehinggalah ke Alor Star iaitu dengan Sultan yang ke-28 di bawah lapan pusat pemerintahan.

Wan Shamsudin menegaskan lagi, terdapat bukti-bukti terawal yang menunjukkan Islam telah bertapak di Kedah sebelum secara rasminya tetapi tidak berkembang secara menyeluruh iaitu penemuan kepingan batu bersurat di Bukit Tupah, Merbok bertarikh 828 Masihi bersamaan 214 Hijrah dan di batu itu tercatat nama Ibni Sirdhan.

Kata Shamsudin, Ibni Sidhan ini mungkin seorang pendakwah dari Timur Tengah yang telah mula memperkenalkan dan memperkembangkan Islam di Kedah.

Bukti lain yang ditemui adalah sebatang nisan di sebuah perkuburan lama di Kampung Tanjung Inggeris berhampiran Pekan Langgar yang bertarikh 3 Rabiulawal 291 Hijrah/904 Masehi yang tersembunyi dalam sebuah busut besar dan nama yang terukir di batu nisan itu adalah Syeikh Abdul Kadir.

Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh beberapa orang profesor juga menunjukkan bahawa Syeikh Abdul Kadir merupakan seorang pendakwah Islam dari Timur Tengah yang mengembangkan Islam di daerah itu.

Pada waktu yang sama iaitu pada abad ke-9 dan 10, dari catatan para pedagang dan pendakwah atau ahli pelayaran dari Timur Tengah menunjukkan bahawa mereka sudah ramai datang berniaga di Kedah. Di samping berniaga, mereka turut menggunakan kesempatan memperkenalkan Islam.

Pemberontakan

Selain itu, ketika itu juga telah berlaku pemberontakan di Canton (Ghuangzhou) dan seramai 200,000 orang pedagang dari Timur Tengah terpaksa meninggalkan pelabuhan Canton kerana takut dan mereka menuju ke pelabuhan lain seperti Kedah (Lembah Bujang) dan Palembang.

Kesimpulan daripada maklumat dan bukti yang diperolehi itu menunjukkan Islam telahpun bertapak pada abad yang ke-9 dan 10 secara tidak rasmi. Manakala secara rasminya Islam bertapak pada 1136 Masehi apabila Sultan mula memeluk agama Islam di Bukit Meriam.

``Jadi pendapat-pendapat atau kajian awal tidak begitu tepat dan tidak boleh diguna pakai lagi apabila menyatakan Islam mula bertapak di Melaka pada 1424 Masehi iaitu sewaktu Parameswara memeluk Islam sedangkan Kedah sudah 300 tahun lebih awal menerima kedatangan Islam,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Bukti kedua pula ditemui seakan-akan mihrab yang menghala ke arah kiblat di dalam bangunan berkenaan semasa kerja ekskavasi dijalankan dan tidak pula terdapat sebarang artifak yang berkaitan dengan agama Hindu dan Buddha.

``Ini menunjukkan kesucian tempat itu dijaga``, kata Wan Shamsuddin dan menjelaskan ia mungkin dibangunkan oleh pedagang yang datang ke Timur Tengah dengan izin penduduk di kawasan itu pada abad ke 10. Kalau kajian dibuat dengan lebih terperinci dan diakui oleh ahli-ahli arkeologi, kita mungkin akan boleh menukar catatan sejarah sekiranya terbukti Islam mula datang ke Kedah.

Satu lagi yang hendak ditekankan, janganlah mendakwa orang yang mendirikan rumah-rumah ibadat itu adalah orang-orang Hindu atau India tetapi oleh orang-orang Melayu tempatan yang beragama Hindu atau Buddha kerana struktur binaan itu adalah senibina Melayu orang tempatan.

(KEDAH DARUL AMAN)

(KEDAH DARUL AMAN)


Nama negeri Kedah mempunyai persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Namun demikian, besar kemungkinan nama Kedah bukan berasal daripada perkataan tersebut. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula bermaksud warna hitam. Pada zaman dahulu, pedagang-pedagang Arab dan Parsi memanggil kawasan yang terletak di sebelah utara Semenanjung sebagai Kilah, Kalah atau Qalha. Kerajaan Langkasuka yang seringkali dikaitkan dengan kisah-kisah percintaan di kalangan orang Melayu juga dipercayai terletak di Kedah. Sisa peninggalan ibu negerinya dijumpai di sebelah tenggara banjaran pergunungan Kedah. Menurut catatan sejarah, Kedah yang dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang-pedagang dari India mula dijadikan sebagai tempat persinggahan mereka seawal Kurun ke-6. Para ahli-ahli sejarah mempercayai bahawa Lembah Bujang merupakan pusat kerajaan lagenda Langkasuka. Ini dibuktikan dengan penemuan lebih daripada 50 buah kuil atau candi yang jelas menunjukkan kewujudan tamadun Hindu di tempat ini.

(KEDAH DARUL AMAN) Nama negeri Kedah mempunyai persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Namun demikian, besar kemungkinan nama Kedah bukan berasal daripada perkataan tersebut. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula bermaksud warna hitam. Pada zaman dahulu, pedagang-pedagang Arab dan Parsi memanggil kawasan yang terletak di sebelah utara Semenanjung sebagai Kilah, Kalah atau Qalha. Kerajaan Langkasuka yang seringkali dikaitkan dengan kisah-kisah percintaan di kalangan orang Melayu juga dipercayai terletak di Kedah. Sisa peninggalan ibu negerinya dijumpai di sebelah tenggara banjaran pergunungan Kedah. Menurut catatan sejarah, Kedah yang dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang-pedagang dari India mula dijadikan sebagai tempat persinggahan mereka seawal Kurun ke-6. Para ahli-ahli sejarah mempercayai bahawa Lembah Bujang merupakan pusat kerajaan lagenda Langkasuka. Ini dibuktikan dengan penemuan lebih daripada 50 buah kuil atau candi yang jelas menunjukkan kewujudan tamadun Hindu di tempat ini.

SEJARAH AWAL KEDAH




SEJARAH AWAL KEDAH


Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.

Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.

Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerahKubang PasuKota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).

Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.

Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.[1]

Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.






 Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia







                                             Maharaja Srivijaya

BilMaharajaPemerintahan
1Sri Udayadityavarman960988
2Sri Chulamanivarman9881008
3Sri Mara Vijayatunggavarman10081017
4Sri Sangrama Vijayatunggavarman10171025
5Sri Deva1028–(?)
                               
                                             Sultan-Sultan Kedah[2]

BilSultanPemerintahan
1Sultan Mudzafar Shah I1136 - 1179
2Sultan Mu'adzam Shah1179 - 1201
3Sultan Muhammad Shah1201 - 1236
4Sultan Mudzaffar Shah II1236 - 1280
5Sultan Mahmud Shah I1280 - 1321
6Sultan Ibrahim Shah1321 - 1373
7Sultan Sulaiman Shah I1373 - 1422
8Sultan Ataullah Muhammad Shah I1422 - 1472
9Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I1472 - 1506
10Sultan Mahmud Shah II1506 - 1546
11Sultan Mudzaffar Shah III1546 - 1602
12Sultan Sulaiman Shah II1602 - 1625
13Sultan Rijaluddin Muhammad Shah1625 - 1651
14Sultan Muhyiddin Mansur Shah1651 - 1661
15Sultan Dziaddin Mukarram Shah1661 - 1687
16Sultan Ataullah Muhammad Shah II1687 - 1698
17Sultan Abdullah Mu'adzam Shah1698 - 1706
18Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I1706 - 1709
19Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II1710 - 1778
20Sultan Abdullah Mukarram Shah1778 - 1797
21Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II1797 - 1843
22Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I1843 - 1854
23Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah1854 - 1879
24Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II18791881
25Sultan Abdul Hamid Halim Shah1881 - 1943
26Sultan Badlishah1943 - 1958
27Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah1958 - sekarang