Monday, 21 October 2013

Terikat Pada 
Keadaan Sekarang 
 

   “ Saya sudah stabil….” Dengan bangganya kawan kita berkata begitu . Tidak lama kemudian, bulan depan, kita melihatnya sudah tidak stabil – sudah mununggang kapcai.

   Selain terikat pada keadaan masa lalu, terikat kepada keadaan sekarang juga adalah punca kegagalan.
   Sama ada keadaan sekarang berbentuk kerjayaan ataupun kegagalan, sama sekali kita tidak dapat membirakan diri kita terikat kepadanya. Terikat pada keadaan sekarang membawa kita kepada keadaan masa lalu kerana dunia ini berpusing, maju ke depan.  Hari ini kita berdiri di sini, kita menjadi ‘beku’ sekiranya terus berdiri disini kerana di sekililing kita penuh dengan perubahan yang meninggalkan kita. Jadi, kita perlu sentiasa bergerak mengikut rentak pusingan dunia ini .
 
   Sebagai contohnya, seorang kawan membesar pada tahun 60-an zama A. Ramlie dan Jefrydin. Oleh kerana kawan tadi mengikut perkembangan semasa, beliau tidak ketinggalan memakai baju yang berkilau-kilau yang dapat menyebabkan lalat tergelincir, seluar ketat, kasut putih tajam yang dapat digunakan mengopek sabut kelapa dan jambul tinggi. Entah bagaimana pada suatu malam, selepas menonton kegiran, semasa pulang menunggang basikalnya yang pelik, penu8h dengan lampu kelap – kelip, beliau diculik UFO, ataupun sekiranya tidak logic, beliau tersesat ataupun tiba – tiba berada di alam lain, ataupun diculik bunian, ataupun apa sahaja. Selepas 30 tahun hilang, hari ini beliau muncul semula di Chow Kit dengan pakaian yang sama dan basikal yang sama. Beliau menyangka orang di sekeliling kagum melihatnya pada tahun 60-an. Tetapi sebenarnya orang di sekeliling melihatnya dengan pandangan yang pelik .

 

Itulah contoh mudah – terikat pada keadaan semasa, menjadikan diri terjurus pada keadaan masa lalu. Bagaimanapun, keadaan semasa

bukan bersangkut paut dengan fesyen semata – mata . Apa yang dimaksudkan adalah keadaan semasa – hari ini . Bagaimanapun keadaan kita hari ini? Sihat? Kaya? Berjaya? Miskin? Gagal? Walau apa pun keadaan semasa yang kita lalui hari ini , jangan sekali – kali  membenarkan jiwa dan fizikal melekat, terikat kepadanya. Banyak hari-hari yang panjang menunggu di depan. Selesa hari ini tidak semestinya selesa pada masa depan . Miskin hari ini tidak semestinya terus miskin . Di depan mata kita kerap kita lihat bagaimana yang kaya bertukar menjadi miskin , yang bertukar menjadi papa kedana . Yang berbasikal naik motosikal , yang naik Mercedes bertukar naik bas. “ Apa sudah jadi? Kata sudah stabil? “ Kita memulangkan paku buah keras.

   Rasanya, di dunia ini tidak ada orang dewasa , yang ada hanya bayi –bayi , sekiranya manusia sentiasa mengikat diri pada keadaan semasa. Daripada bayi bertukar menjadi kanak-kanak , remaja , dewasa , dan ini jelas membuktikan manusia memang tidak boleh terikat pada keadaan semasa. Bukankah itu fitrah manusia? Sifat semula jadi manusia adalah bergerak , berubah. Ini kerana dunia ini berpusing .

 









   Bagaimanapun , manusia lebih suka hidup terikat pada keadaan semasa dan ini suatu cara yang pasti bagi memperoleh kegagalan dan berpindah kearah yang lebih buruk . Ramai yang menyangka , apabila sudah berjaya, kerjayaan itu kekal. Hakikatnya, tidak ada yang kekal di dunia ini. Usaha di tangan kita – kita berusaha mengekalkannya. Berusaha, bukan duduk diam terikat pada keadaan semasa. Orang menyangka , apabila hidup gagal,
miskin, itulah ketentuan hidup. Itulah penamat. “Sudah takdir…. “ Soalnya , tahukah kita takdir masa depan ?

    Kita Halakan sebentar pada perjuangan Nabi Muhammad. Adakah Nabi Muhammad yang kita sayangi itu terikat pada keadaan semasa. Andainya beliau terikat pada keadaan semasa, Islam tidak sampai kepada kita, Islam hanya berkembang di Mekah dan Madinah sahaja.



    Bahkan sebelum itu, sekiranya beliau terikat pada keadaan semasa, bersama kaum-kaum jahiliah, pasti kita tidak beragama Islam .

   Kerana tidak mahu terikat pada keadaan semasa, Nabi Muhammad bersendirian , menjauhkan diri daripada kaum jahiliah. Bagaimana

dengan kita ? Sekiranya keadaan sekeliling berbentuk gagal seperti itu, adakah kita diam mengikat diri pada keadaan semasa

   Seterusnya , apabila Islam mula diterima di Mekah dan Mahdinah , kemudian menjadi agama rasmi , adakah Nabi Muhammad terus terikat pada keadaan semasa ? Sekiranya terikat dengan kerjayaan itu, pastinya Islam tidak berkembang ke bumi ini . Bagaimana dengan kita ? Adakah kita terikat pada kerjayaan yang sedang kita nikmati sekarang ? Apabila kita tidak mengayuh basikal, kita tidak akan terjatuh dari basikal.


Oleh kerana kita sudah berjanji mengikut sunah Nabi Muhammad , pastinya kita mencontohi Nabi Muhammad yang tidak terikat pada keadaan semasa .














 Ada petani yang mana tanamannya begitu menjadi pada musim yang lepas . Hari ini , beliau terikat pada keadaan semasa. Duit ada lagi di dalam poket menyebabkan beliau menjadi malas ke lading , sebaliknya rajin ke kedai kopi menceritakan , “ Tanaman aku …. “ Apa jadi pada tanamannya pada masa akan datang ?  Tidak ada tanaman, kerana hari ini beliau tidak menanam . Kita menuai apa yang kita tanam sahaja.

   Petani yang kedua pula sama dengan petani pertama tadi –tanamannya menjadi. Wang didalam poket pun sama banyak . Cuma wang yang ada itu menyebabkan beliau malas ke kedai kopi dan rajin ke ladang . Beliau tahu , pada masa akan dating beliau perlu menuai setiap hari , kerana itulah beliau perlu ke ladang hari ini , setiap hari . Petani pertama terikat pada keadaan semasa dan petani kedua tidak terikat pada keadaan semasa . Siapa yang gagal dan siapa yang berjaya ?

   Kita perlu sentiasa ingat, walau apa pun yang terjadi pada hari ini – ia bukan penamat . Kerana bukan penamat , maka tidak sepatutnya
kita berhenti dan mengikat diri pada keadaan semasa .


No comments:

Post a Comment